|
Mengapa Pulau Pinang unggul untuk kegiatan perniagaan
investPenang adalah suatu entity Kerajaan Negeri. Fokus utamanya ialah mempertahan, menyegar dan terus mempromosi persekitaran perniagaan di negeri Pulau Pinang melalui pelaburan berterusan dan pembangunan berteknologi tinggi sektor industrinya.
Objectif
- Mempertingkat persekitaran mesra perniagaan Pulau Pinang;
- Memperkuat daya saing Pulau Pinang dari segi teknologi serta kemudahan menjalankan perniagaan;
- Mempromosi pelaburan dalam industri-industri berteknologi tinggi dan nilai tambah tinggi;
- Menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat yang sedia ada untuk berkembang dari segi rantaian nilai;
- Membantu industri tempatan untuk bersaing di peringkat global.
Visi
Menjadi pemandu teknologi dan industri bagi pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi yang mampu bertahan untuk rakyat Pulau Pinang dan Malaysia.
Misi
Mempromosi Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan untuk teknologi,industri dan perniagaan secara global.
Visi Bersama
Menjadi organisasi yang cergas, proaktif dan berfokus yang menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti.
Latar belakang
investPenang adalah suatu entiti yang tidak berasaskan kepada keuntungan. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 2005. InvestPenang berperanan sebagai pemandu bagi gabungan tiga matlamat iaitu teknologi, industri dan perniagaan untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan ekonomi yang mampu bertahan untuk rakyat Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya.
investPenang diwujudkan dengan suau misi yang tersendiri dan mapan - menyemarak dan memperhebat promosi perniagaan di Negeri Pulau Pinang. Dengan cara ini ia akan mempromosi Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan untuk perusahaan peringkat global. Secara umum, InvestPenang melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
- Bertindak sebagai pusat maklumat dan sumber bagi pihak-pihak yang berkepentingan.
- Mewujudkan sistem rangkaian yang komprehensif untuk menyokong kedua-dua perusahaan perniagaan yang sedia ada dan baru.
- Sebagai penyedia perkhidmatan total, InvestPenang akan membantu pelabur-pelabur dengan bekerjasama dengan kerajaan melalui agensinya di peringkat negeri dan persekutuan. Agensi-agensi ini termasuklah:
- Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC)
- Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
- Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
- Pihak Berkuasa Kemajuan Industri Malaysia (MIDA)
- Perbadanan Kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
- Perbadanan Kemajuan Malaysia (MDEC)
- Perbadanan Biotek Malaysia (MBC)
- Perbadanan Kemajuan Perdagangan luar Malaysia (MATRADE)
Manfaat Melabur di Pulau Pinang
- Kedudukan strategiknya boleh diakses dari beberapa bahagian dunia.
- Keadaan infrastrukturnya yang amat memuaskan termasuk pengangkutan dan kemudahan telekomunikasi jalur lebar, perumahan dan kesukanan, sekolah, hospital dan keperluan sosial serta rekreasi.
- Peneguhan keatas kemantapan industrinya sejak kewujudan zon perdagangan bebas Pulau Pinang pada 1972 dan kemunculan lapan syarikat perintis multinasional iaitu Advanced Micro Devices, Intel Malaysia, Agilent Technologies (dulunya Hewlett packard) Clarion, Fairchild semiconductor, Renesas Semiconductor (dulunya dekenali sebagai Hitachi semiconductor) dan Robert Bosch.
- Tenaga kerja yang bijak dan inovatif, memuaskan serta boleh diharapkan.
- Kumpulan kepelbagaian kepakaran yang diiktiraf dalam pelbagai bidang, pastinya dapat mempertingkatkan penyelidikan dan perkembangan.
investPenang mendapat sokongan dan pembiayaan kerajaan memandangkan ia merupakan suatu entiti yang berkepentingan khusus bagi kerajaan Negeri serta kedudukannya yang sebaris dengan personel terbaik Negeri Pulau Pinang. Ia menampilkan sekumpulan organisasi yang mempunyai kepakaran yang setanding dengan industri. Ini memberi keyakinan kepada para pelabur bahawa mereka akan mendapat mutu perkhidmatan terbaik sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pihak industri.
|